Anda bekerja keras hari ini untuk keselesaan mereka. Pastikan tunai segera tersedia untuk keluarga saat akaun bank anda dibekukan kelak.
"Sebab rindu itu berat, tapi beban kewangan jauh lebih berat."
Ramai yang tidak sedar, sebaik sahaja kematian berlaku, semua akaun bank simpanan akan dibekukan untuk proses Faraid yang memakan masa lama.
Waris perlukan tunai untuk makan & minum, tapi duit dalam bank tak boleh dikeluarkan.
Hutang kereta, kad kredit, dan pinjaman peribadi tidak mati bersama kita.
Pembahagian harta pusaka boleh mengambil masa bertahun jika tiada perancangan.
Hibah Takaful bukan sekadar pampasan, ia adalah hadiah tunai yang tidak melalui proses pembahagian Faraid yang rumit.
Penerima Mutlak: Diberi terus kepada penama (Isteri/Anak/Ibu Bapa).
Cair & Pantas: Proses tuntutan yang cepat untuk kelangsungan hidup waris.
Bebas Hutang: Dana untuk melunaskan komitmen yang ditinggalkan.
Langkau Proses Faraid
Pampasan terus kepada penama tanpa melalui Amanah Raya / Mahkamah.
Aset Tunai Segera
Menyediakan 'cashflow' kepada keluarga sementara menunggu harta lain dicairkan.
Pelindung Pendidikan
Memastikan masa depan dan pendidikan anak-anak tidak terhenti.
"Kita tidak mencarum takaful kerana ada orang akan mati, tetapi kita mencarum kerana ada orang yang perlu terus hidup."
Tugas saya bukan sekadar menjual polisi, tetapi membantu anda menyusun strategi supaya harta yang anda kumpul seumur hidup, dapat diwarisi dengan mudah oleh insan tersayang.
Melalui sesi konsultasi hibah ini, saya akan membantu anda mengira keperluan perlindungan sebenar mengikut komitmen dan gaya hidup keluarga anda tanpa sebarang paksaan.
Lengkapkan maklumat di bawah untuk sesi konsultasi 1-ke-1 secara percuma.